Sunday, June 3, 2012

"KALIMAH MUHAMMAD S.A.W & ALLAH PADA LOGO POLIS"


Adakah anda masih ingat tentang isu haram penggunaan nama Allah bagi golongan non-muslim??? kalau betullah kerajaan/UMNO ingin pertahankan penggunaan nama Allah ini bagi golongan non-muslim,kenapa tidak di pertahankan sejak dulu lagi?Padahal penggunaan nama Allah ini bagi non-muslim sudah lama digunakan.Tapi kenapa baru nak pertahankan kalimah Allah ini?saya bukan nak menyebelahi pihak non-muslim,tapi saya sungguh heran dengan perkara ini.Kalau benarlah mereka ini ingin mempertahankan Islam,kenapa tidak dari zaman Tunku Abdul Rahman lagi mereka pertahankan.Dan saya rasa pelik dengan perkara ini sebab kalau mereka beriya-iya sangat nak pertahan kalimah Allah ini,maka apakah bezanya dengan penggunaan kalimah Allah pada logo polis???


Jadi bagi saya ini tidak adillah kerana kalau mereka nak sangat mengharamkan penggunaan kalimah Allah itu untuk golongan non-muslim maka penggunaan Kalimah Allah itu juga harus diharamkan penggunnannya di logo Polis.Bagi saya,saya cukup bantahlah dengan adanya Kalimah Allah pada logo Polis ini.Sebabnya ialah:

1. Pekerja-pekerja Polis ini bukan semuanya beragama Islam,jadi dengan logiknya tidak boleh digunakan oleh non-muslim sesuai dengan isu "Laranagan Penggunaan Kalimah Allah Bagi Non-Muslim".

2. Kalimah Allah atau Muhammad s.a.w. ini bukanlah boleh dibawa main-main.Bayangankanlah kalau kita memakai uniform Polis dan masuk kedalam tandas.Apakah boleh membawa Kalimah ini ketempat pembuangan najis?sedangkan ayat-ayat al-quran juga tidak boleh dibawa ke dalam tandas.

3.Bayangkan logo Polis ini dipijak-pijak,dilangkah-langkah,dan dibaling oleh musuh-musuh Polis atau musuh-musuh Islam.Sebagai contohnya,anda boleh lihat sendiri dalam gambar ini.


4. Dan bayangkanlah kalau pakaian Polis ini yang mempunyai Kalimah Allah kita cuci dalam mesin basuh,lepas pakaian tersebut sudah kering kita BUANG kedalam bakul.Apakah hina sangat nama Allah dan Nabi Muhammad s.a.w.?Apakah rendahnya darjat Allah dan Nabi s.a.w.? dan mungkin juga kita secara tidak sengaja terduduk pada topi Polis yang siap dengan logonya serta mungkin secara tidak sedari kita melakukan kezaliman dengan menggunakan uniform yang mempunyai Kalimah Allah,tidakkah ini satu penghinaan terhadap umat ISLAM???

Jadi inilah sebabnya saya sangat-sangat membantah dengan perkara ini.Ingatlah,mungkin ramai umat Islam tidak menyedari dengan apa kesannya kalau mengguna Kalimah Allah ini dengan sesuka hati sebagai contohnya pada Logo Polis.Bukan sahaja Polis,malah Logo Tentera juga sama.
Persoalannya,Mengapa mereka (Barisan Nasional) kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan tentang isu Kalimah Allah pada logo Polis sedangkan mereka beriya-iya sangat nak pertahankan Kalimah Allah dalam isu "Haram bagi golongan non-muslim menggunakan Kalimah Allah".???Apakah ini hanya isu POLITIK semata-mata dan bukan isu Akidah Umat Islam???Jadi nasihat saya kepada Pemerintah,kami sebagai umat Islam menyuruh untuk mengadakan demonstrasi bagi melarang penggunaan Kalimah Allah pada logo Polis jika mereka (UMNO/BN) benar-benar tidak mahu Islam itu dihina.Bagi saya tidak wajarlah kalau hanya diadakan demonstrasi untuk isu penggunaan Kalimah Allah dalam gereja atau untuk non-muslim sahaja.

Monday, December 26, 2011

SEMPENA HARI NATAL...BOLEHKAH ORANG ISLAM UCAP SELAMAT HARI NATAL???

Assalamualaikum...
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa orang Islam tidak boleh ucapkan  "Selamat Hari Natal" atau "Merry Christmas kepada orang yang menganut agama Kristian...Sebelum saya menerangkan sebab-sebab tidak boleh mengucapkan sedemikian,saya ingin memberitahu ini bukanlah sesuatu yang menyinggung perasaan mana-mana pihak tetapi ini adalah mengenai soal akidah umat Islam.


     Dalam islam kita mempunyai akidah yang mana perlu kita jaga daripada mensyirikkan Allah S.W.T. sama ada melalui percakapan,hati(niat) dan perbuatan.Hal ini boleh membuatkan seorang Islam terkeluar daripada agama Islam dan ianya berdosa besar manakala ianya juga lebih besar dosanya daripada zina,berjudi,membunuh dan meminum arak.Jadi disini saya ingin memperingatkan kepada semua umat Islam agar berhati-hati dengan perkara seperti ini.Saya risau ramai umat islam yang akan rosak akidahnya dengan secara tidak sengaja atau tidak disedari dan secara terang-terangan.


     Sempena Hari Natal atau Krismas ini,saya ingin memberitahu semua  umat sama ada Islam atau non-Islam kenapa Islam melarang dan mengharamkan mengucapkan "Selamat Hari Natal" atau "Merry Christmas" terhadap penganut Kristian.Pertama sekali,ianya adalah soal akidah umat Islam.Apabila seorang Islam mengucapkannya kepada penganut agama Kristian ianya boleh merosakkan akidah kerana Merry Christmas itu adalah perayaan besar bagi agama Kristian iaitu Sempena Kelahiran Jesus Christ pada tanggal 25 Disember.Jika ini adalah perayaan sempena kelahiran Tuhan mereka Jesus Christ,bermakna umat Islam yang mengucapkan "Selamat Hari Natal" dan "Merry Christmas" itu secara tidak disedari akan mengucapkan Selamat atau Sejahtera Ke atas Jesus Christ dengan kelahirannya pada 25 Disember.Maka haramlah ucapan itu bagi umat Islam walaupun ianya sekadar ucapan bukan niat,tetapi harus ingat tiga perkara yang boleh mensyirikkan Allah iaitu percakapan,hati(niat) dan perbuatan.Inilah yang Islam ajar kepada kita,kenapa perlu ucapkan Sejahtera Ke atas Jesus sedangkan kita sudah mengucapkan syahadah Lailahaillallah yang bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah.Sepatutnya kita ucapkan Sejahtera Ke atas Allah S.W.T. bukan kepada Tuhan mereka.Kita ada iman dan kita ada keprcayaan masing-masing dan saya disini ingin menyelamatkan akidah umat Islam.Akhir sekali,saya ingin memetikkan satu sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:


"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk sebahagian dari mereka." (Hadis riwayat abu daud)


Ini adalah pendapat daripada saya yang saya faham daripada sumber yang saya telah perolehi,salah dan silap tolong tunjukkan..ini hanya sekadar peringatan..marbahan bikum...wasalam...


untuk lebih fahami clik link ini: http://zatulalwani.blogspot.com/2010/12/hukum-ucap-merry-christmas-haram.html

Saturday, June 11, 2011

Kisah Nabi Sulaiman a.s.


RAJA SEGALA MAKHLUK


Nabi Sulaiman a.s. (سليمان) merupakan anak Nabi Daud a.s. Sejak kecil lagi baginda telah menunjukkan kecerdasan dan ketajaman fikirannya.Allah SWT mengangkatnya sebagai nabi dan rasul. Setelah Sulaiman cukup umur dan ayahandanya wafat, Sulaiman diangkat menjadi raja di kerajaan bani Israil. Beliau berkuasa tak hanya atas manusia, namun juga binatang dan makhluk halus seperti jin dan lain-lain. Baginda dapat memahami bahasa semua binatang Istana Nabi Sulaiman sangat indah. Dibangun dengan gotong royong manusia, binatang, dan jin. Dindingnya terbuat dari batu pualam, tiang dan pintunya dari emas dan tembaga, atapnya dari perak, hiasan dan ukirannya dari mutiara dan intan berlian, pasir di taman ditaburi mutiara, dan sebagainya.

NABI SULAIMAN MENGAWAL JIN DAN HAIWAN

NABI Sulaiman dianugerahkan Allah kebijaksanaan sejak remaja lagi. Beliau juga memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk mampu bercakap, memahami dan memberi arahan terhadap jin dan haiwan sehingga semua makhluk itu mengikuti kehendaknya.Allah berfirman: “Dan sesungguhnya Kami telah memberikan ilmu kepada Daud dan Sulaiman dan keduanya mengucapkan; segala puji bagi Allah yang melebihkan kami dan banyak hambanya yang beriman. Dan Sulaiman telah mewarisi Daud dan dia berkata; Wahai manusia, kami telah diberi pengertian tentang suara burung dan kami diberi segala sesuatu. Sesungguhnya semua ini benar-benar satu anugerah yang nyata.”Kebijaksanaan Sulaiman dapat dilihat melalui pelbagai peristiwa yang dilaluinya. Misalnya, beliau cuba mengetengahkan idea kepada bapanya, Nabi Daud bagi menyelesaikan perselisihan antara dua pihak, masing-masing membabitkan pemilik haiwan ternakan dan kebun.
Walaupun ketika itu usianya masih muda, pendapatnya bernas.
Mulanya Nabi Daud memutuskan pemilik haiwan supaya menyerahkan ternakannya kepada pemilik kebun sebagai ganti rugi disebabkan ternakannya memasuki dan merosakkan kebun itu. Sulaiman yang mendengar keputusan bapanya mencelah: “Wahai bapaku, menurut pandanganku, keputusan itu sepatutnya berbunyi; kepada pemilik tanaman yang telah musnah tanaman diserahkanlah haiwan jirannya untuk dipelihara, diambil hasilnya dan dimanfaatkan bagi keperluannya. “Manakala tanamannya yang binasa itu diserahkan kepada jirannya, pemilik ternakan untuk dijaga sehingga kembali kepada keadaan asal. Kemudian masing-masing menerima kembali miliknya, sehingga dengan cara demikian masing-masing pihak tidak ada yang mendapat keuntungan atau menderita kerugian lebih daripada sepatutnya.” Pendapat yang dikemukakan Sulaiman dipersetujui kedua-dua pihak. Malah orang ramai yang menyaksikan perbicaraan itu kagum dengan kebolehan beliau menyelesaikan perselisihan terbabit.Bertitik tolak daripada peristiwa itu, kewibawaan Sulaiman semakin terserlah dan ia juga sebagai bibit permulaan kenabian Sulaiman. Melihat kecerdasan akal yang ditonjolkannya itu, Nabi Daud menaruh kepercayaan dengan mempersiapkannya sebagai pengganti dalam kerajaan Bani Israel. Namun, abangnya Absyalum tidak meredai beliau melangkah bendul dalam hiraki pemerintahan itu, malah mendakwa dia yang sepatutnya dilantik putera mahkota kerana Sulaiman masih muda dan cetek pengalaman. Absyalum mahu mendapatkan takhta itu daripada bapa dan adiknya. Justeru, dia mula menunjukkan sikap baik terhadap rakyat, dengan segala masalah mereka ditangani sendiri dengan segera, membuatkan pengaruhnya semakin meluas.
Sampai satu ketika, Absyalum mengisytiharkan dirinya sebagai raja, sekali gus merampas kekuasaan bapanya sendiri. Tindakannya itu mengakibatkan huru-hara di kalangan Bani Israel. Melihatkan keadaan itu, Nabi Daud keluar dari Baitulmaqdis, menyeberangi Sungai Jordan menuju ke Bukit Zaitun. Tindakannya itu semata-mata mahu mengelakkan pertumpahan darah, namun Absyalum dengan angkuh memasuki istana bapanya. Di Bukit Zaitun, Nabi Daud memohon petunjuk Allah supaya menyelamatkan kerajaan Bailtulmaqdis daripada dimusnahkan anaknya yang derhaka itu. Allah segera memberi petunjuk kepada Nabi Daud, iaitu memerangi Absyalum. Namun, sebelum memulakan peperangan itu, Nabi Daud berpesan kepada tenteranya supaya tidak membunuh anaknya itu, malah jika boleh ditangkap hidup-hidup. Bagaimanapun, kuasa Allah melebihi segalanya dan ditakdirkan Absyalum mati juga kerana dia mahu bertarung dengan tentera bapanya.
Kemudian, Nabi Daud kembali ke Baitulmaqdis dan menghabiskan sisa hidupnya selama 40 tahun di istana itu sebelum melepaskan takhta kepada Sulaiman. Kewafatan Nabi Daud memberikan kuasa penuh kepada Nabi Sulaiman untuk memimpin Bani Israel berpandukan kebijaksanaan yang dianugerah Allah. Beliau juga dapat menundukkan jin, angin dan burung, sehingga dapat disuruh melakukan apa saja, termasuk mendapatkan tembaga dari perut bumi untuk dijadikan perkakasan.
Firman Allah bermaksud: “Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman yang perjalanannya pada waktu petang, sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian daripada jin ada yang bekerja di hadapannya (di bawah kekuasaannya) dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang antara mereka daripada perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala.”

RATU BALQIS TUNDUK KEPADA NABI SULAIMAN 


Setelah membangunkan Baitulmuqaddis, Nabi Sulaiman menuju ke Yaman. Tiba di sana, disuruhnya burung hud-hud (sejenis belatuk) mencari sumber air. Tetapi burung berkenaan tiada ketika dipanggil. Ketiadaan burung hud-hud menimbulkan kemarahan Sulaiman. Selepas itu burung hud-hud datang kepada Nabi Sulaiman dan berkata: "Aku telah terbang untuk mengintip dan terjumpa suatu yang sangat penting untuk diketahui oleh tuan..."
Firman Allah, bermaksud: "Maka tidak lama kemudian datanglah hud-hud, lalu ia berkata; aku telah mengetahui sesuatu, yang kamu belum mengetahuinya dan aku bawa kepadamu dari negeri Saba suatu berita penting yang diyakini.
"Sesungguhnya aku menjumpai seorang wanita yang memerintah mereka dan dia dianugerahi segala sesuatu serta mempunyai singgahsana yang besar. Aku mendapati dia dan kaumnya menyembah matahari, selain Allah..."
Mendengar berita itu, Nabi Sulaiman mengutuskan surat mengandungi nasihat supaya menyembah Allah kepada Ratu Balqis. Surat itu dibawa burung hud-hud dan diterima sendiri Ratu Balqis. Selepas dibaca surat itu, Ratu Balqis menghantarkan utusan bersama hadiah kepada Sulaiman. Dalam al-Quran diceritakan: "Tatkala utusan itu sampai kepada Nabi Sulaiman, seraya berkata; apakah patut kamu menolong aku dengan harta?
"Sesungguhnya apa yang diberikan Allah kepadaku lebih baik daripada apa yang diberikannya kepadamu, tetapi kamu berasa bangga dengan hadiahmu.
"Kembalilah kepada mereka, sungguh kami akan mendatangi mereka dengan bala tentera yang mereka tidak mampu melawannya dan pasti kami akan mengusir mereka dari negeri itu (Saba) dengan terhina dan mereka menjadi tawanan yang tidak berharga."
Utusan itu kembali ke negeri Saba dan menceritakan pengalaman yang dialami di Yaman kepada Ratu Balqis, sehingga dia berhajat untuk berjumpa sendiri dengan Sulaiman. Keinginan Ratu Balqis itu diketahui Nabi Sulaiman terlebih dulu dan beliau memerintahkan tenteranya, terdiri daripada manusia, haiwan dan jin untuk membuat persiapan bagi menyambut kedatangan Ratu Balqis. Nabi Sulaiman juga memerintahkan pasukannya supaya membawa singgahsana Ratu Balqis ke istananya.
Pada ayat 38 s/d 40 di surat Al-Naml, disebutkan : 38. “Berkata Sulaiman : “Hai pembesar-pembesar, siapakah diantara kamu sekalian yang sanggup membawa singgasananya (ratu bilqis) kepadaku sebelum mereka datang kepadaku sebagai orang yang berserah diri.”
39. “Berkata ‘Ifrit (yang cerdik) dari golongan jin :” Aku akan datang kepadamu sebelum kamu berdiri dari tempat dudukmu ; sesungguhnya aku benar-benar kuat untuk membawanya lagi dapat dipercaya.”
40. “Berkatalah seorang yang mempunyai ilmu dari buku-buku : “Aku akan membawa singgasana itu kepadamu sebelum matamu berkedip.” Maka tatkala Sulaiman melihat singgasana tersebut itu terletak di hadapannya, iapun berkata :” Ini termasuk karunia Tuhanku untuk mencoba apakah aku bersyukur atau mengingkari nikmatNya. Dan barangsiapa bersyukur maka sesungguhnya dia bersyukur untuk kebaikan dirinya sendiri dan baransiapa yang ingkar, maka sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya lagi Mulia.”
Lalu manusia yang memiliki ilmu memindahkan istana ratu Balqis. Apabila Ratu Balqis tiba ditanya Sulaiman: "Seperti inikah singgahsanamu?" Dijawab Ratu Balqis: "Ya, memang sama apa yang seperti singgahsanaku" Kemudian Ratu Balqis dipersilakan masuk ke istana Nabi Sulaiman. Namun, ketika berjalan di istana itu, sekali lagi Ratu Balqis terpedaya, kerana menyangka air pada lantai istana Sulaiman, sehingga menyelak kainnya.
Firman Allah yang bermaksud: Dikatakan kepadanya; masuklah ke dalam istana. Maka tatkala dia (Ratu Balqis) melihat lantai istana itu, dikiranya air yang besar dan disingkapkannya kedua betisnya.
Berkatalah Sulaiman; "sesungguhnya ia istana licin yang diperbuat daripada kaca". Berkatalah Balqis; "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah berbuat zalim terhadap diriku dan aku berserah diri bersama Sulaiman dan kepada Allah, Tuhan semesta alam."
Peristiwa itu menyebabkan Ratu Balqis berasa sangat aib dan menyedari kelemahannya, sehingga dia memohon ampun atas kesilapannya selama ini dan akhirnya dia diperisterikan oleh Nabi Sulaiman.
 
KEWAFATAN BAGINDA

Kisah Sulaiman merangkumi tenteranya yang terdiri daripada manusia, haiwan dan jin dalam menjalankan dakwah Allah terhadap Ratu Balqis. Kematian beliau berlainan dengan manusia biasa. Nabi Sulaiman wafat dalam keadaan duduk di kerusi, dengan memegang tongkat sambil mengawasi dan memerhatikan jin yang bekerja.
Firman Allah: "Tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka setelah kematiannya itu melainkan anai-anai yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, nyatalah bagi jin itu bahawa sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam seksa yang menghinakan."

Kematian Osama Bin Laden







  1. Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
  2. Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
  3. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
  4. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
  5. Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Monday, May 16, 2011

JERUSALEM BUKAN UNTUK BANGSA YAHUDI

Mungkin ada separuh umat manusia menganggapkan Jerusalem atau Baitulmaqdis adalah hak bangsa Yahudi.Namun,tanggapan itu adalah salah.Tidak ada bukti negara Palestine itu adalah tanah bagi bangsa Yahudi.Disini saya akan berikan beberapa bukti menurut sejarah dan pengetahuan melalui Firman Tuhan bahawa Jerusalem/Baitulmaqdis (Palestine) BUKAN UNTUK BANGSA YAHUDI.

Sejarah Zaman Nabi Musa a.s..

Setelah Allah menyelamatkan Bani Israel,maka datanglah zaman di mana Musa dan Harun harus menderita hidup bersama mereka.Muncullah karenah-karenah mereka (Bani Israel) yang kurang baik yang timbul daripada lemahnya iman,kebodohan dan rasa takut.
Setelah mampu menyeberangi laut,mereka terus mendatangi masyarakat yang secara keseluruhannya menyembah patung.Musa mengetuai Bani Israel ke arah tanah suci dan berkata kepada mereka :

“Hai kaumku,masuklah ke tanah suci (Palestine) yang telah ditentukan Allah bagimu,dan janganlah kamu lari ke belakang (kerana takut pada musuh),maka kamu menjadi orang-orang yang merugi.” (Al-Maidah ayat 21)

Namun mereka tetap juga berkeras untuk memilih kemurtadan dan berpaling pada ajaran Allah.

“Mereka Berkata, “Wahai Musa,sesungguhnya dalam negeri itu ada orang-orang yang gagah perkasa,sesungguhnya kami sekali-kali tidak akan  memasukinya sebelum mereka keluar daripadanya.Jika mereka keluar daripadanya pasti kami akan memasukinya.” (Al-Maidah ayat 22)

Mereka tidak menghendaki kedaulatan,kebanggaan atau tanah yang dijanjikan.Sebab,risiko mereka harus memerangi orang-orang yang mereka anggap terlalu kuat!Itulah perjalanan terakhir Musa,dengan berusaha gigih yang luar biasa untuk mengharungi,mala petaka serta penyelewengan yang di lakukan oleh Bani Israel.
Musa sangat menderita,kemudian Musa berdoa kepada Allah :

“Berkata Musa, “Ya Tuhanku,aku tidak menguasai kecuali diriku sendiri dan saudaraku.Sebab itu pisahkanlah antara kami dengan orang-orang yang fasik itu.” (Al-Maidah ayat 25)

Allah mengabulkan permintaan nabi-Nya,

“Allah berfirman, “(jika demikian),maka sesungguhnya negeri itu diharamkan atas mereka selama empat puluh tahun.(Selain itu) mereka akan berpusing-pusing kebingungan di bumi (padang Tih) itu.Maka Janganlah kamu bersedih hati (memikirkan nasib) orang-orang yang fasik itu.” (Al-Maidah ayat 26).

Allah telah mengharamkan generasi Bani Israel dan tidak dibenarkan lagi untuk melihat tanah suci hingga ke generasi berikutnya.


Sejarah Hadrian Seorang Kaisar  Rom Mengalahkan Yahudi

Kaisar Rom Hadrian mengirim bala tentera dalam jumlah yang sangat besar di bawah pimpinan Julius Cephrius yang dapat mengalahkan Yahudi dan kembali menduduki Jerusalem.Orang-orang Yahudi akhirnya berpindah ke daerah Battier,di mana sisa-sisa banteng pertahanan tempat mereka berlindung masih ada di sana.Orang Arab menyebutnya sebagai Khertib Yahudi.Hadrian mengambil keputusan membunuh para pemberontak secara kejam,memusnahkan Hierosolyma dan menggali tempat itu,membunuh bangsa ini dalam jumlah yang besar.
Tidak hanya sampai di situ,Yahudi juga  dilarang masuk,bahkan dilarang mendekati Kota Jerusalem.Dia membenarkan penganut KRISTIAN untuk hidup di sana setelah dipastikan mereka bukan keturunan Yahudi.Di atas runtuhan Kota Jarusalem,Hadrian membangunkan Kota baru yang dinamakan dengan Elia Capitolina yang kemudian lebih dikenali sebagai Elia,yang merupakan awal nama Hadrian I.Secara tepat ia dibina di atas rumah ibadah yang sudah diratakan dengan tanah itu dibina tempat ibadah berhala sebagai persembahan untuk Jupiter.

Bahkan,raja Titus menghancurkan Jarusalem dan mebunuh ramai orang Yahudi.Sejak itulah,bangsa Yahudi tidak memiliki tanah lagi.Mereka merempat ke mana-mana.

Harapan saya adalah,saya harap anda dapat membuat kesimpulan sendiri terhadap apa yang anda baca.Sampai disini sahaja bukti ringkas saya yang saya dapat berikan,yang selebihnya Insya Allah saya akan berikan jika ada kesempatan masa.

Tuesday, April 12, 2011

KESATUAN UMAT ISLAM...






Di dalam Bismillahirrahmanirrahim itu kita lihat nama Tuhan.Dia (Tuhan) dengan rasmi menamakan dirinya 'ALLAH'.Maka nama Tuhan yang kita sembah,nama Tuhan yang kita perhambakan diri kita setiap hari,setiap jam,malah setiap detik kepadanya,adalah 'ALLAH'.Nama ini rasmi,maka bagi setiap umat islam di mana saja dia berada,bangsa apa saja dia,bahasa apa saja yang dipakainya setiap hari,namun nama Tuhannya adalah 'ALLAH'.

Begitulah halnya pada segalanya bangsa,maka ada kesatuan nama Tuhan pada seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.Bangsa apa saja dia,apakah dia seorang Turki,apakah dia seorang Perancis,Jerman,Inggeris,Eskimo atau bangsa Melayu,nama Tuhan mereka sebut tetap adalah 'ALLAH'.Ini kedengarannya seakan-akan mudah,tetapi sebenarnya kalau saudara-saudari tinjau kepada orang yang beragama lain,mereka tidak mendapat kesatuan (persamaan) nama Tuhannya pada umumnya.Sebagai contohnya umat Nasrani,nama Tuhan mereka dalam bahasa Ibrani adalah ELOHIM,YEHOSYUA dan banyak lagi,malah dalam bahasa Yunani adalah JESOUS.Apabila di dengar oleh orang-orang selain daripada dua bahasa tersebut pasti mereka tidak mengerti maksudnya serta tidak mengenalinya dan keliru dengan nama Tuhan mereka yang sebenarnya.Tetapi di dalam islam,nama Tuhan itu diseluruh dunia adalah 'ALLAH' kerana rasmi daripada Al-Quran Tuhan menamakan diriNya begitu.

Pernahkah anda terfikir mengapa umat islam sahaja nama tuhan mereka didapati sama,walaupun bahasa apakah dia atau dimanakah dia berada.Ada hikmahnya mengapa ia begitu,kerana supaya umat islam tidak menjadi keliru dengan nama Tuhan mereka yang sebenar.Wallahualam.



Friday, April 8, 2011

MENGAPAKAH AL-QURAN DITURUNKAN DALAM BAHASA ARAB????



 Ramai orang tertanya-tanya sama ada islam atau non-islam.Mengapakah al-quran diturun dalam bahasa arab?Buktinya Allah telah menjawap persoalan itu di dalam kitabNya al-quran.

Allah berfirman:”Dan kalau Al Quran itu kami turunkan kepada salah seorang dari golongan bukan Arab, Lalu ia (Rasul) membacakannya kepada mereka (orang-orang kafir); niscaya mereka tidak akan beriman kepadanya.” (Syu’ara’, 198-199).

Ayat Fushilat, ayat ke-44:” Dan Jikalau kami jadikan Al Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain Arab, tentulah mereka mengatakan: “Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?” apakah (patut Al Quran) dalam bahasa asing sedang (rasul adalah orang) Arab?”

Kalaulah al-quran diturunkan dalam bahasa Latin/Melayu melalui Nabi Muhammad s.a.w. yang berbangsa ARAB,pasti nabi sendiri tidak faham bahasa tersebut kerana nabi bukanlah berbangsa Latin/Melayu dan sama sekali tidak mahir bertutur dalam bahasa Latin/Melayu.Begitu juga dengan orang-orang kafir berbangsa arab,mereka tidak akan faham ayat-ayat Allah s.w.t. (al-quran).Kalau mereka tidak faham sudah tentu mereka tidak akan beriman kepada Allah s.w.t. kerana pada masa itu al-quran diturunkan di negeri arab.