Assalamualaikum...
Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa orang Islam tidak boleh ucapkan "Selamat Hari Natal" atau "Merry Christmas kepada orang yang menganut agama Kristian...Sebelum saya menerangkan sebab-sebab tidak boleh mengucapkan sedemikian,saya ingin memberitahu ini bukanlah sesuatu yang menyinggung perasaan mana-mana pihak tetapi ini adalah mengenai soal akidah umat Islam.
Dalam islam kita mempunyai akidah yang mana perlu kita jaga daripada mensyirikkan Allah S.W.T. sama ada melalui percakapan,hati(niat) dan perbuatan.Hal ini boleh membuatkan seorang Islam terkeluar daripada agama Islam dan ianya berdosa besar manakala ianya juga lebih besar dosanya daripada zina,berjudi,membunuh dan meminum arak.Jadi disini saya ingin memperingatkan kepada semua umat Islam agar berhati-hati dengan perkara seperti ini.Saya risau ramai umat islam yang akan rosak akidahnya dengan secara tidak sengaja atau tidak disedari dan secara terang-terangan.
Sempena Hari Natal atau Krismas ini,saya ingin memberitahu semua umat sama ada Islam atau non-Islam kenapa Islam melarang dan mengharamkan mengucapkan "Selamat Hari Natal" atau "Merry Christmas" terhadap penganut Kristian.Pertama sekali,ianya adalah soal akidah umat Islam.Apabila seorang Islam mengucapkannya kepada penganut agama Kristian ianya boleh merosakkan akidah kerana Merry Christmas itu adalah perayaan besar bagi agama Kristian iaitu Sempena Kelahiran Jesus Christ pada tanggal 25 Disember.Jika ini adalah perayaan sempena kelahiran Tuhan mereka Jesus Christ,bermakna umat Islam yang mengucapkan "Selamat Hari Natal" dan "Merry Christmas" itu secara tidak disedari akan mengucapkan Selamat atau Sejahtera Ke atas Jesus Christ dengan kelahirannya pada 25 Disember.Maka haramlah ucapan itu bagi umat Islam walaupun ianya sekadar ucapan bukan niat,tetapi harus ingat tiga perkara yang boleh mensyirikkan Allah iaitu percakapan,hati(niat) dan perbuatan.Inilah yang Islam ajar kepada kita,kenapa perlu ucapkan Sejahtera Ke atas Jesus sedangkan kita sudah mengucapkan syahadah Lailahaillallah yang bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah.Sepatutnya kita ucapkan Sejahtera Ke atas Allah S.W.T. bukan kepada Tuhan mereka.Kita ada iman dan kita ada keprcayaan masing-masing dan saya disini ingin menyelamatkan akidah umat Islam.Akhir sekali,saya ingin memetikkan satu sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum,maka dia termasuk sebahagian dari mereka." (Hadis riwayat abu daud)
Ini adalah pendapat daripada saya yang saya faham daripada sumber yang saya telah perolehi,salah dan silap tolong tunjukkan..ini hanya sekadar peringatan..marbahan bikum...wasalam...
untuk lebih fahami clik link ini: http://zatulalwani.blogspot.com/2010/12/hukum-ucap-merry-christmas-haram.html
No comments:
Post a Comment