Tuesday, April 12, 2011

KESATUAN UMAT ISLAM...






Di dalam Bismillahirrahmanirrahim itu kita lihat nama Tuhan.Dia (Tuhan) dengan rasmi menamakan dirinya 'ALLAH'.Maka nama Tuhan yang kita sembah,nama Tuhan yang kita perhambakan diri kita setiap hari,setiap jam,malah setiap detik kepadanya,adalah 'ALLAH'.Nama ini rasmi,maka bagi setiap umat islam di mana saja dia berada,bangsa apa saja dia,bahasa apa saja yang dipakainya setiap hari,namun nama Tuhannya adalah 'ALLAH'.

Begitulah halnya pada segalanya bangsa,maka ada kesatuan nama Tuhan pada seluruh kaum muslimin di seluruh dunia.Bangsa apa saja dia,apakah dia seorang Turki,apakah dia seorang Perancis,Jerman,Inggeris,Eskimo atau bangsa Melayu,nama Tuhan mereka sebut tetap adalah 'ALLAH'.Ini kedengarannya seakan-akan mudah,tetapi sebenarnya kalau saudara-saudari tinjau kepada orang yang beragama lain,mereka tidak mendapat kesatuan (persamaan) nama Tuhannya pada umumnya.Sebagai contohnya umat Nasrani,nama Tuhan mereka dalam bahasa Ibrani adalah ELOHIM,YEHOSYUA dan banyak lagi,malah dalam bahasa Yunani adalah JESOUS.Apabila di dengar oleh orang-orang selain daripada dua bahasa tersebut pasti mereka tidak mengerti maksudnya serta tidak mengenalinya dan keliru dengan nama Tuhan mereka yang sebenarnya.Tetapi di dalam islam,nama Tuhan itu diseluruh dunia adalah 'ALLAH' kerana rasmi daripada Al-Quran Tuhan menamakan diriNya begitu.

Pernahkah anda terfikir mengapa umat islam sahaja nama tuhan mereka didapati sama,walaupun bahasa apakah dia atau dimanakah dia berada.Ada hikmahnya mengapa ia begitu,kerana supaya umat islam tidak menjadi keliru dengan nama Tuhan mereka yang sebenar.Wallahualam.



No comments:

Post a Comment