Sunday, March 13, 2011

AL-QURAN SERTA MUKJIZATNYA

AL-QURAN BUKAN KARANGAN RASULULLAH S.A.W..
Ramai orang menganggapkan Al-Quran itu adalah karangan Nabi Muhammad s.a.w. terutamanya orang-orang non-muslim.Oleh itu,saya akan menerangankan kepada anda bahawa tanggapan itu adalah tidak benar dan sama sekali tidak masuk akal.Apa mungkin seorang yang buta huruf dan tidak pandai menulis boleh mengarang sebuah kitab yang begitu indah ayat-ayatnya?TIDAK!!!...Kerana tidak mungkin seseorang yang tidak mengetahui apa-apa bahkan tidak pernah sama sekali pergi ke sekolah dan tidak pandai menulis serta membaca dapat membuat sesebuah kitab yang begitu indah dan menarik ayatnya dengan begitu mudah.Percayalah,Al-Quran bukanlah karangan Nabi s.a.w..Kerana beliau adalah Nabi yang Ummi,yang tidak boleh membaca dan menulis,tidak pernah belajar atau mendapat ilmu dari sekolah atau seorang ulama yang pandai dalam berbagai segi kebudayaan dan pengetahuan.Jika benar tanggapan itu betul,Al-Quran mempersilahkan mereka untuk membuat sesebuah kitab yang sama sepertinya.."Katakanlah: Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk membuat yang serupa Al-Quran ini,nescaya mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan yang sebanding ddengannya,walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri." (Surah Al-Israa ayat 88).Namun hingga ke hari ini tidak ada satu orang pun yang dapat membuat seperti yang di aluh-aluhkan oleh Allah s.w.t..Ini menunjukkan Al-Quran bukan karangan Nabi Muhammad s.a.w. tetapi ianya datang daripada Tuhan sekalian alam iaitu Allah s.w.t..

MENGAPAKAH NABI MUHAMMAD DAN AL-QURAN TIDAK DITERIMA?
Al-Quran adalah sebuah kitab terakhir yang diturunkan oleh Allah s.w.t. kepada Rasulnya Muhammad s.a.w. sesudah Zabur,Taurat dan Injil untuk semua umat manusia.Tetapi mengapakah Nabi Muhammad dan Al-Quran tidak diterima oleh umat Nasrani dan Yahudi?Sedangkan dalam kitab mereka yang pada wakru itu menerangkan bahawa akan datang seorang rasul yang terakhir sesudah Isa a.s yang akan membawa sesebuah kitab.Namun,mereka tetap tidak menerimanya,kerana yang mereka selama-lama ini menunggu kedatagan rasul yang dikatakan dalam kitab mereka itu bukanlah rasul yang berbangsa yahudi.Hal ini kerana,rasul sebelum Nabi Muhammad adalah berbangsa yahudi,manakala Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang berbangsa Arab Quraisy.Dengan itu orang-orang yahudi tidak menerima beliau sebagai rasul malah mereka cuba ingin membunuh beliau dan menuduh beliau sebagai nabi palsu.Hal ini sama seperti nabi-nabi Allah yang lain yang telah ramai dibunuh oleh orang yahudi serta mengubah kitab-kitab yang diturunkan kepada nabi-nabi Allah.Namun,dengan kebesaran Allah s.w.t. Al-quran telah dijaga sehingga ke hari kiamat."Seseungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran,dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya."(surah Al-Hijr ayat 9).Ini menunjukkan satu lagi kebenaran dan Mukjizat Al-Quran.

Mukjizat Al-Quran:
-Didalamnya terdadapt berita-berita dan janji-janji mengenai masa yang akan datang,di mana hal ini merupakan hal yang luar daripada kemampuan manusia untuk mengetahuinya.Adapun ramalan tukang saintis atau tukang tilik mengenai masa depan hanya ramalan yang tidak dijaminkan kebenarannya.Tetapi,Al-Quran adalah benar dan kerap kali menjadi kenyataan.

-Didalamnya terdapat pula fakta-fakta ilmiah yang tidak mungkin diketahui oleh manusia pada waktu itu ditanah Arab,tetapi fakta-fakta tersebut telah dijelaskan dengan tepat dan dibuktikan kebenarannya.
          Sampai disini sahaja yang dapat saya terangkan menenai mukjizat kitab suci Allah ini,ada banyak lagi mukjizat-mukjizatnya yang saya tidak terangkan kepada anda semua.Wabillahi taufik wal hidayah,Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

No comments:

Post a Comment